Khamis, 6 November 2008

Cara dan Peralatan yang perlu

Ok di sini saya akan mula tajuk mengenai peralatan dan cara main bowling.Pertama apa yang kamu perlu.

Bola

Bola bowling terdapat beberapa saiz dari 6 pound hingga 16 pound. 6 pound ringan dan 16 pound adalah berat so terpulang kepada kamu memilih saiz bola. Pertama cuba masukkan jari anda, angkat bola dan hayun. Jika berat atau tangan anda sakit maka bola itu tidak sesuai. Namun kebiasaan bola bowling anda harus 10% daripada berat badan anda tapi bagi saya bola bowling yang saya guna adalah 14 pound. Ini terpulang kepada anda kerana bila bermain bowling anda harus selesa bukannya sakit kerana berat bola. Bola terdapat di bowling alley atau anda beli bola bowling sendiri. Lain kali saya akan terangkan dengan lanjut lagi.

Kasut

Anda tidak boleh main bowling dengan kasut jalan atau kasut sukan anda kerana bila main bowling anda harus menggunakan kasut yang disediakkan oleh bowling alley. Kasut juga mempunyai beberapa saiz yang sesuai dengan anda. Kasut ini boleh membuat anda slide bila membaling bowling anda.

Tiada ulasan: